Loading...

2011/03/10

e-Perolehan membantu Usahawan Desa melalui telecenter

9 Mac 2010, Balik Pulau, Pusat Internet Desa Balik Pulau menganjurkan Taklimat Asas e-Perolehan kepada usahawan-usahawan desa yang kebanyakannya terdiri dari kontraktor binaan kelas F dan juga pembekal-pembekal yang sedang meningkat naik.

Seramai 15 orang peserta terlibat di mana pendaftaran asalnya 10 peserta. Walaupun terpaksa berhimpit kerana ruangan premis yang agak sempit tetapi tidak melunturkan semangat usahawan desa kita untuk menimba ilmu dari Pegawai e-Perolehan iaitu Cik Rosniza Binti Suddin dan Puan Nor Rahimah Mingah.

Pegawai e-Perolehan menerangkan latar belakang e-Perolehan dan syarat-syarat yang diperlukan untuk mendaftar e-Perolehan. Di samping itu, memberitahu peluang-peluang yang usahawan desa dapat sumbangkan seperti binaan, ternakan, peralatan salon, malah makanan ringan juga boleh dilakukan melalui e-Perolehan.


Encik Satar "Saya sungguh tak menyangka ternakan saya turut boleh disalurkan melalui e-Perolehan, saya amat berpuas hati kerana taklimat ini dapat membuka luas pasaran ternakan saya". 

Cik Zuraini "Saya hanya hadir untuk mengetahui peluang-peluang pasaran dalam perniagaan saya ke pasaran kerajaan. Tapi saya juga dapat tahu cara-cara mendaftar dan mendapat tahu harga yang jauh lebih murah ditawarkan dari agen perolehan di mana melebihi 40% dari harga sebenar pendaftaran e-Perolehan. Hurm... banyak wang boleh saya boleh dijimatkan dan disalurkan kepada penambahbaikkan perniagaan salon saya".

Siti Huraizah Abdul Rahman, Pengurus Pusat Internet Desa Balik Pulau merancang akan melakukan satu lagi sesi perolehan di Bulan Jun di mana siap pendaftaran dan lesen kewangan dengan kadar yang berpatutan. Beliau bercadang untuk mengadakan 30 penyertaan di mana usahawan-usahawan diberi latihan praktikal menggunakan e-Perolehan. Pusat Internet Desa bersedia memberi khidmat nasihat berkenaan dengan e-Perolehan dan perkaitannya.













Lain-lain rujukan :


ePerolehan kini meluaskan rangkaian perkhidmatannya di luar bandar melalui program eP@Desa 


Kem. Kewangan Malaysia (MOF) dengan kerjasama  Kem. Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) dan Kem. Kemajuan Luar Bandar & Wilayah (KKLW) telah bekerjasama menyediakan kemudahan perkhidmatan ePerolehan bagi usahawan di luar bandar melalui Pusat Internet Desa Usahawan Balik Pulau(PID) dan Medan Info Desa (MID) di seluruh Malaysia.

Sebagai permulaan, sebanyak 32 PID dan MID telah dilatih untuk membantu usahawan dan bakal usahawan mengenal dan menggunakan sistem ePerolehan untuk berurusan dengan agensi Kerajaan.

Di samping berkunjung ke Pusat ePerolehan yang terdapat di seluruh negara, para usahawan dan bakal usahawan boleh mengunjungi PID atau MID yang berdekatan untuk mendapat perkhidmatan rundingan bagi Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan, penggunaan sistem ePerolehan untuk bertransaksi dengan agensi Kerajaan, dan jualan produk ePerolehan.  

Sila lihat senarai untuk alamat PID dan MID.

0 komen:

Post a Comment

Podcast KUS-PID

Loading...

Terkini dari KUS-KUS

Polemik Usahawan... Apa kata anda?

Arkib