Loading...

2010/01/22

Berita KUS #1 (Jan-Feb 2010)

Setelah lebih setahun blog ni beroperasi menyalurkan maklumat kepada komuniti KUS dan rakan-rakan setempat mahupun luar, tibalah masanya untuk mencapai lebih ramai ahli-ahli dan warga komuniti, mahupun sesiapa saja di luar sana melalui alam maya, dengan penerbitan berkualiti cetak ini...

Usaha penyebaran dan pencapaian bercetak ini sudahpun dimulakan sejak awal 2009 lagi termasuk terbitan InfoBiz pada awal Julai yang lalu, yang mana inisiatif tersebut telah diambil alih oleh saudara Muzafar dari Koperasi Usahawan Muda Pulau Pinang Bhd (KUMUDA) sejak November yang lalu, yang mana KUMUDA terhasil dari dialog usahasama melibatkan ahli-ahli KUS seawal Mac 2009 - tak lama lagi InfoBiz-KUMUDA #2 akan diedarkan seawal minggu depan. Bulan November juga menyaksikan terbitan makalah 28-muka berjudul "myUsahawan Global" oleh KUS sempena Bulan Keusahawanan Global KUS-PID 2009 & Minggu Keusahawanan Global 2009 (GEW) yang diterbitkan sebanyak 2,000 keping.

Sebagai memulakan Tahun Baru 2010, yang telah diwartakan oleh Kerajaan pimpinan Dato' Seri Najib bin Tun Razak sebagai "Tahun Kreativiti & Inovasi", KUS mengorak langkah dengan terbitan sisipan dwibulanan berjudul KUSnews...
KUSnews #1

Semoga terbitan sebegini menjadi salah satu wacana untuk mencetuskan daya kreativiti & pemikiran inovatif warga Balik Pulau dan para usahawan di mana saja anda berada, serta menyerlahkan idea-idea tersebut dengan penghasilan lebih banyak buah-buah yang menarik dan boleh memperkasakan ekonomi bersama.

Selamat membaca!

0 komen:

Post a Comment

Podcast KUS-PID

Loading...

Terkini dari KUS-KUS

Polemik Usahawan... Apa kata anda?

Arkib