Loading...

Podcast KUS-PID

Loading...

2009/06/24

Tawaran Pameran Promosi Produk Usahawan Secara Percuma

Salam.

Pihak PIBG Sekolah Kebangsaan Sungai Pinang menawarkan meja promosi pada Kelab Usahawan Sosial Balik Pulau sempena dengan Program Karnival Muhibbah SKSP 2009.

Dengan ini sukacita Jawatankuasa kelab Usahawan Sosial Balik Pulau menjemput para usahawan (sudah ahli) untuk mempromosi produk masing-masing sempena dengan program ini di meja promosi Kelab secara percuma. Bawalah produk, flyers, risalah dan kad nama untuk mempromosi serta memperluaskan rangkaian perniagaan anda.

Khabarnya, skuad Era akan turun memeriahkan majlis di samping Pertandingan Mewarna, Penerangan dan sebagainya.

Maklumat Program adalah seperti berikut :

Tarikh : 27hb Jun 2009
Hari : Sabtu
Masa : 11.00 pagi - 6.00 petang
Tempat : Padang dan kawasan sekitar Sek. Keb. Sungai Pinang, Balik Pulau.
Nota : Saya dipahamkan meja dan makanan disediakan. Insya Allah.


Pelan Lokasi






http://spreadsheets.google.com/ccc?key=rKbT85rLBisJq3wXx8ae8ww

2009/06/03

Seminar Industri Burung Walet



Seminar intensif berkenaan industri burung walet akan dianjurkan oleh Bumi Hijau Management (Seberang Jaya) di beberapa lokasi di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan dan Pahang sepanjang bulan Jun dan Julai 2009.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 017-486-0024 (Nazri) atau 017-491-7412 (Faizal).

Untuk pendaftaran penyertaan, sila isikan borang di bawah dan klik "Submit". Yuran penyertaan adalah termasuk sijil, makan-minum dan cenderahati.



2009/06/01

Berniaga secara Koperasi...

Pulau Betong, BALIK PULAU - Mesyuarat Agung Permulaan untuk penubuhan sebuah Koperasi (syarikat Berhad) yang baru telah diadakan dengan jayanya bertempat di Dewan Koperasi Usahawan Kampung Balik Pulau (KUKAM) di Jalan Bharu, Kampung Perlis pada hari Sabtu 30 MEI 2009.

Mesyuarat yang dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong, Yang Berhormat Sr. Hj Muhamad Farid bin Hj Saad, merangkap Pengerusi Majlis Pembangunan Usahawan Daerah (MPUD) Barat Daya Pulau Pinang turut dihadiri oleh dua pegawai dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).


Hadirin memenuhi Dewan KUKAM yang boleh memuatkan sehingga 100 orang.

Koperasi baru yang dinamakan Koperasi Usahawan Muda Pulau Pinang Berhad (KUMUDA) yang terbuka kepada semua warganegara Malaysia ini bertujuan untuk menyertakan seberapa ramai penduduk setempat dalam perniagaan yang lebih berdaya maju dan bersama-sama membangunkan sosio-ekonomi orang ramai, terutamanya ahli-ahli koperasi.

Tuan Haji Mohd Noor bin Yusuf telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah yang pertama yang terdiri daripada sembilan pegawai eksekutif untuk tempoh setahun.

Penubuhan KUMUDA di Balik Pulau mengikuti jejak beberapa koperasi lain yang telah dikembangkan bermula di daerah yang sama termasuk KUKAM yang mewakili usahawan-usahawan kampung di Balik Pulau dan Koperasi Pelancongan Pulau Pinang (KOPEL) yang mewakili industri pelancongan tradisi dan ekologi terutamanya di kampung-kampung di Balik Pulau.

Mesyuarat Pertama Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Usahawan Muda Pulau Pinang yang baru dilantik sebaik saja tamat Mesyuarat Agung Permulaan (Penubuhan).





Untuk maklumat lanjut tentang KUMUDA atau penyertaan, sila hubungi Sekretariat di Pusat Internet Desa Balik Pulau di bangunan Pejabat Pos Malaysia Berhad, Kongsi, Balik Pulau.

Terkini dari KUS-KUS

Social Entrepreneurship

Polemik Usahawan... Apa kata anda?

Arkib