Loading...

2009/05/20

Hari Terakhir untuk IKLAN PERCUMA InfoBiz! (21 MEI 2009)

Prebiu InfoBiz @ Balik Pulau akan dihantar cetak Jumaat ini, 22 MEI 2009 untuk pengedaran semasa Mesyuarat Penubuhan Koperasi Usahawan Muda Pulau Pinang di KUKAM @ Kampung Perlis, Balik Pulau (30 MEI 2009) dan Ekspo Usahawan Malaysia Pulau Pinang (29 MEI - 7 JUN 2009) di Seberang Jaya pada hujung bulan ini dan pada minggu pertama JUN 2009.

Terbitan sebanyak 2,000 naskah ini adalah PERCUMA (!!) dengan pesanan iklan untuk bulan JULAI 2009 yang dilengkapkan pada atau sebelum Khamis, 21 MEI 2009. Sila sempurnakan pesanan secara online di infobiz.eventbrite.com atau hubungi kami di Pusat Internet Desa @ Bangunan Pejabat Pos Malaysia Berhad, Jalan Balik Pulau, Pulau Pinang (Telefon/Faks: 04-866-2706)

DISKAUN 5% SERTA-MERTA UNTUK SEMUA AHLI KELAB USAHAWAN SOSIAL (dari mana-mana PID di seluruh negara) dan AHLI-AHLI KOPERASI USAHAWAN MUDA PULAU PINANG.

BONUS: Semua ahli Kelab Usahawan Sosial juga akan disertakan URL laman Web/blog masing-masing di laman usahawan.balikpulau.org ini yang cukup popular di seantero Malaysia!

Untuk bantuan atau maklumat lanjut, hubungi Nasir (016-416-2747) atau Ija (019-579 6575).

2009/05/18

Tupperwara Recruiting

Balik Pulau - 17hb Mei 2009 di Kompleks Sukan Balik Pulau.

Puan Saleha selaku Director bertaraf 5 star mengadakan majlis recruit ahli baru untuk meluaskan sayap rangkaian perniagaan di peringkat Balik Pulau.

2 orang kakitangan dari Kuala Lumpur dan Penang turut menjayakan program ini dengan mengadakan pelbagai program yang sangat menarik dan sangat interaktif.

2009/05/17

Jemputan ke Penubuhan Koperasi Usahawan Muda Pulau Pinang

Kepada para usahawan sedia ada dan bakal –bakal usahawan,

Dato’/Y.B./Tuan/Puan/Cik,

JEMPUTAN KEMAJLIS PERASMIAN PENUBUHAN KOPERASI USAHAWAN MUDA PULAU PINANG BHD.

Dengan sukacita dan rasa berbesar hati, kami selaku jawatankuasa penaja menjemput Dato’/Y.B./Tuan/Puan/Cik kemajlis perasmian penubuhan koperasi yang tersebut di atas seperti berikut :
Tarikh : 30hb Mei 2009 (Sabtu )
Mas : 2.00 Ptg
Tempat : Dewan Mesyuarat, Koperasi Usahawan Kampung Bhd (KUKAM),
Jalan Baru Kg. Perlis Balik Pulau, Pulau Pinang .

2. Majlis perasmian akan disempurnakan oleh Yang Berhormat Sr. Haji Muhamad Farid bin Haji Muhd. Saad, Pengerusi Majlis Pembangunan Usahawan Daerah Barat Daya Pulau Pinang.

3. Atucara :

2.00 petang Ketibaan Dan Pendaftaran Peserta
2.30 Petang Ucapan Aluan Pengerusi Penaja
Ucapan Dan Perasmian Oleh Yang Berhormat Sr. Hj. Muhamad Farid Bin Hj. Muhd. Saad, Pengerusi Majlis Pembangunan Daerah Barat Daya, Pulau Pinang
Jamuan Teh Dan Jalinan Rangkaian
Majlis Mesyuarat Agung Dengan Agung :

i. Melantik Pengerusi Mesyuarat
ii. Penerangan Berhubung Koperasi Oleh Pihak Suhanjaya Koperasi Malaysia
iii. Persetujuan Penubuhan Koperasi
iv. Penerimaan Undang-Undang Kecil Koperasi
v. Permohonan Bagi Mendaftarkan Koperasi
vi. Pemilihan Anggota Lembaga Pengarah Koperasi
Tangguhan Majlis.


Sekian. Kerjasama dan sokongan padu Dato’/Y.B./Tuan/Puan/Cik didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.


Yang menjalankan tugas,

Siti Huraizah Abdul Rahman, Setiausaha Penaja,
Koperasi Usahawan Muda Pulau Pinang Berhad (KUMuda)


d/a Pusat Internet Desa Balik Pulau (PIDBP), Pejabat Pos Malaysia Berhad,11000 Balik Pulau, Pulau Pinang


TELEFON & FAKS: (04) 866-2706, Email: ija@balikpulau.org, Website: http://kumpp.blogspot.com



S.K.
Tn. Hj. Muhd. Noor Yusof, Pengerusi Penaja


Sila Sahkan Kehadiran Anda Di Sini


Peta :


Galeri Gambar Yang Semasa Penubuhan Koperasi Usahawan Muda Pulau Pinang, peringkat penaja pada 28hb April 2009 yang lalu :




2009/05/10

KUS menyelia agenda penubuhan Koperasi Usahawan Muda Pulau Pinang

Mesyuarat penamaan AJK Penaja untuk penubuhan Koperasi Usahawan Muda Pulau Pinang (KUMPP) telah diadakan pada 28 APRIL 2009 yang lalu di Tingkat Atas Restoran Kassim Mustaffa, Balik Pulau.

Tuan Haji Mohd. Noor bin Yusof telah sebulat suara dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penaja KUMPP, dan lapan lagi hadirin telah dilantik sebagai Ahli-ahli Jawatakuasa Penaja penubuhan koperasi tersebut. Puan Siti Huraizah bt Abdul Rahman dilantik sebagai Setiausaha Kehormat, dan beliau akan dibantu oleh En. Koh yang berperanan sebagai Timbalan Setiausaha Kehormat.

Majlis mesyuarat tersebut juga telah dihadiri oleh Puan Ros sebagai wakil dari Suruhanjaya Koperasi untuk membantu menyampaikan maklumat yang diperlukan oleh bakal-bakal ahli koperasi yang dirancangkan.

Mesyuarat belangsung bermula jam 8.30 malam sehingga 10:30 malam, dah hadirin dijamukan jamuan ringan sepanjang sesi berbual mesra selepas mesyuarat.

2009/05/07

Squad iBeez mula menjelajah ke Balik Pulau...

Kami baru mula marketing buku iklan edisi Balik Pulau, INFOBIZ - PID hari nieee. Balasan e-mail, facebook dan twitter amat menggalakkan.. tapi saya selaku Pengurus PID Balik Pulau dan Hafif, RaPID perlu bergerak ke premis-premis perniagaan yang belum mempunyai rangkaian dengan kami. Kami mengsasarkan pemilik perniagaan yang belum mengenali Pusat Internet Desa Balik Pulau iaitu sebuah pusat e-Komuniti atau telecenter yang bertujuan merapatkan jurang digital serta membangunkan ekonomi dan sosio tempatan.


Pukul 1.30 petang - Di PID Balik Pulau

Ija : Hafif jom kita lunch dulu baru kita bergerak ke Expo...
Hafif : Worait......

Pukul 2.00 ptg - Di Restoran Peladang

Kami berjumpa dengan En Radzuan.. waa lauk-lauk dia memang best.. Pelbagai.. Macam saya yang tak suka makan nasi tengahari pun boleh pilih buah-buah yang segar.. Pilih buah kesukaan, lepas tue dioarang kupaskan.. Alhamdulilah, En. Radzuan amik juga bersetuju mengiklan bersaiz mini biz dan mendaftar menjadi Ahli Kelab Usahawan Sosial Balik Pulau. Katanya lagi, nanti dia akan menyuruh anaknya atau pekerjanya untuk mempromosi kedainya melalui blog dan web kami dengan bantuan kami.


lagi..lagi...citer.... tak sempat nak menulis.... u all tengok gamber jer lerr....

ooo.. yaa..Dioarang cakap expo tamat pada 26hb Mei ini.. Kat situ ada pertandingan lawan bantal laa, hadiah bertuah laa (setiap pembelian RM10 dapat 1 kupoh cabutan bertuah), ada taman permaianan belon, dan macam-macam lagi..

Cabutan bertuah tue, no. 1 dapat motor.. mana tau ada lekat ong...

Datanglah beramai-ramai untuk memeriahkan majlis....

2009/05/05

Peluang memasarkan produk anda secara paling berkesan di seluruh Daerah Barat Daya dan luar...

Salaam Usahawan!

Idea yang dipupuk bertahun-tahun lamanya kini akan membuah tak lama lagi. Pihak Pusat Komputer Balik Pulau dengan kerjasama Kelab Usahawan Sosial Balik Pulau akan melancarkan isu sulung Media Pemasaran Bersepadu InfoBiz, yakni yang pertama seumpanya di Balik Pulau bermula bulan Jun 2009.

Tuan-Puan, saudara-saudari yang berminat untuk memasarkan produk atau perkhidmatan, sambil mencipta sejarah bersama-sama kami, bolehlah menempah ruang iklan yang bersesuaian dengan melengkapkan borang online seperti di bawah atau hubungi Skuad IBeeZ di Pusat Interent Desa Balik Pulau.

Klik 'cover' di bawah untuk maklumat lanjut atau untuk membuat pesanan iklan:


Tarikh tutup untuk pesanan terbitan sulung pada bulan JUN 2009 ialah 14 MEI 2009.




Sila buat Pesanan Online Sekarang!

Podcast KUS-PID

Loading...

Terkini dari KUS-KUS

Polemik Usahawan... Apa kata anda?

Arkib