Loading...

2009/04/28

Pelawaan Menjadi Ahli Skuad iBeeZ

Pusat Komputer Balik Pulau dengan usahasama Kelab Usahawan Sosial (KUS) Balik Pulau dan sokongan Pusat Internet Desa (PID) Balik Pulau akan melancarkan penerbitan bulanan untuk pemasaran bersepadu setempat (bercetak dan dalam talian) tak lama lagi.

Dengan ini, dialu-alukan mana-mana ahli KUS, sama ada di Balik Pulau mahupun di salah satu daripada 42 buah PID di seluruh negara yang berminat untuk menjadi ahli Skuad iBeeZ, yakni sebagai ejen pemasaran strategik setiap terbitan, berjumlah dua belas cetakan setahun.

Sekira ingin memohon perlantikan yang terhad kepada dua puluh (20) pegawai sahaja, sila lengkapkan borang di bawah dan klik "Submit" untuk kami proses. CEPAT, siapa cepat, dia dapat. Hanya ahli-ahli KUS layak yang berdaftar untuk memohon. Sekiranya belum mendaftar sebagai ahli KUS, sila hubungi PID berdekatan anda, atau isikan borang online.


2009/04/24

Dialog Pembangunan Usahawan Balik Pulau


Dialog Pembangunan Usahawan Balik Pulau - Bahagian 1





Dialog Pembangunan Usahawan Balik Pulau - Bahagian 2



Kerajaan jangan buat janji kosong...

Pengurus sebuah perniagaan besi menganggap janji-janji kerajaan untuk membantu usahawan muda hanyalah janji kosong kerana berdasarkan pengalamannya, dia tidak pernah mendapat bantuan sewajarnya walaupun berkali-kali mencuba.

Fadzili Hassan, 44, yang juga bekas pelajar Institut Teknologi Mara (ITM) telah 17 tahun menjalankan perniagaan besi berkata, usahawan Melayu yang baru meningkat merupakan usahawan yang paling sukar untuk mendapatkan bantuan kerajaan.

Katanya, ada agensi, kononnya bernaung di bawah kerajaan dan berfungsi untuk membantu usahawan Melayu pernah mengeluarkan syarat pemohon haruslah menjadi anak jati Pulau Pinang dan telah menjalankan perniagaan jika mahukan bantuan mesin.

“Saya telah mengusahakan kilang ini selama 17 tahun. Bukan empat tahun sepertimana yang sesetengah agensi nyatakan dalam borang permohonan mereka. Semua ini bohong kerana selama ini tidak ada sebarang bantuan yang saya dapat.

“Saya telah banyak kali memohon tetapi tidak ada satu pun yang membuahkan hasil. Saya pernah membuat pinjaman di sebuah bank tempatan dengan jumlah RM50,000, tetapi mereka luluskan hanya RM4,000.

“Nak buat apa dengan jumlah itu. Saya pernah memohon “overdraf” dari bank. Mereka memaklumkan kepada saya bahawa pembayaran lori saya tertunggak sebulan maka pinjaman itu ditolak. Kalau saya tidak ada masalah, tidak payahlah saya bersusah payah untuk membuat pinjaman. Kerajaan nak bantu usahawan tetapi terlalu banyak karenah,” katanya.

Beliau mendakwa hasrat kerajaan untuk menghapuskan ‘ah long’ tidak akan tercapai sekiranya agensi-agensi yang terlibat dalam mengagihkan bantuan kewangan ini hanya membantu sebelah pihak.

“Pinjaman Mikro contohnya, mereka mahukan pemohon yang mempunyai rekod pembayaran 200 peratus, iaitu yang terbaik. Kalau kereta tidak bayar sebulan pun tidak boleh. Apa semua ini. Kerajaan melaungkan slogan kata rakyat jadi keutamaan. Tetapi sebaliknya apa yang berlaku?

“Saya tidak nafikan bahawa kebanyakan usahawan membuat pinjaman dengan ah long kerana mereka terpaksa. Mereka mahu mengembangkan perniagaan mereka tetapi modal tidak mencukupi maka ah long adalah jalan terakhir.

“Kalau setakat nak cakap “kami membantu anda” semua orang boleh cakap, tapi tanyalah mana-mana usahawan Bumiputera yang sudah mulakan perniagaan, siapa yang bantu mereka? ah long atau agensi?

“Baru-baru ini kerajaan telah meluluskan Bajet Mini, tetapi ia tidak sedikit pun membantu kami. Kerana itu rakyat mula menyokong Pakatan Rakyat (PR) kerana mereka mahukan nasib mereka berubah,” katanya.

Menurutnya, agensi yang terlibat dalam memberikan dana untuk membantu usahawan Bumiputera harus meneliti semula permasalahan yang diluahkan oleh usahawan-usahawan ini. Mereka telah berjaya tetapi memerlukan suntikan modal yang lebih untuk memperkembangkan perniagaan mereka.

Katanya, sikap pilih kasih tidak seharusnya berlaku dan kerajaan harus tegas melihat permasalahan ini. Usahawan Bumiputera boleh maju sekiranya ada pihak bersikap prihatin terhadap usaha gigih mereka.

Saya minta pemimpin bantu kami dan turun padang kerana kami juga boleh berjaya sekiranya dana yang disalurkan diberi kepada mereka yang benar-benar memerlukan,” katanya.

SUMBER: Sinar Harian (Utara) - Kerajaan perlu jujur bantu usahawan


2009/04/21

Forum Krisis Ekonomi


TARIKH: Selasa, 21 APRIL 2009
MASA: 8:30 petang
TEMPAT: Dewan Balora Mastika, Kongsi, Balik Pulau, Penang

PANEL:-
  1. YB Yusmadi Yusoff, AP Balik Pulau & Ketua Angkatan Muda PKR Pulau Pinang
  2. YB Dr. Nasir Hashim, ADUN Kota Damansara & Presiden Parti Sosialis Malaysia (PSM)
  3. En. Abdul Razak, Pengerusi MTUC Pulau Pinang
  4. En. S. Arutchelvan, Setiausaha Agung PSM
PENGANJUR: JERIT, PSM & PKR

Sebarang pertanyaan, sila hubungi: 019-566-9518 & 016-437-3212

Peta Laman

Sila masukkan peta laman yang berkaitan.

Sekian terima kasih.

2009/04/20

Penubuhan Koperasi Usahawan Balik Pulau

Assalamualaikum w.w. & Salam Sejahtera kepada semua warga Pusat Internet Desa Balik Pulau dan ahli Kelab Usahawan Sosial Balik Pulau (KUSBP)

Dato'/Y.B/Tuan/Puan dan Cik,

Berhubung program Dialog Pembangunan Usahawan & Sosio-Ekonomi Bersama Yang Berhormat Sr. Hj Muhamad Farid bin Hj. Saad, Pengerusi Majlis Pembangunan Usahawan Daerah Barat Daya Pulau Pinang yang telah diadakan pada 2hb April 2009 di Kassim Mustafa. Lanjutan telah diputuskan bersama untuk mewujudkan satu entiti baru rangkaian usahasama antara Pusat Internet Desa Balik Pulau dan Kelab Usahawan Sosial Balik Pulau iaitu Penubuhan Koperasi Usahawan Balik Pulau bagi membantu masalah sosial serta isu-isu pembangunan usahawan di Balik Pulau.

2. Maka dengan ini, dengan segala hormatnya saya selaku Pengurus Pusat Internet Desa Balik Pulau dan Setiausaha Kehormat Kelab Usahawan Sosial Balik Pulau diberi mandat untuk menjemput Dato'/Y.B/Tuan/Puan dan Cik untuk merealisasikan matlamat ini seperti butiran berikut:

Acara : Penubuhan Koperasi Usahawan Balik Pulau
Tarikh : 28hb April 2009 (Selasa)
Masa : 8.30 pagi - 10.00 malam
Tempat : Kassim Mustafa Tingkat Balik Pulau (tingkat atas)
Google


3. Agenda yang akan dibentangkan ialah :

*Kata-kata aluan
*Bicara Usahawan
*Cadangan Penubuhan Koperasi Usahawan Balik Pulau
*Perlantikan Jawatankuasa Penaja
*Hal-hal Lain


4. Dengan ini saya memohon kerjasama Dato'/Y.B/Tuan/Puan dan Cik untuk menjayakan program ini dan jasa baik pihak Dato'/Y.B/Tuan/Puan dan Cik kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.



Sekian, Terima Kasih.

2009/04/02

Dialog Pembangunan Usahawan & Sosio-Ekonomi Bersama YB Farid (2 APR 2009)

Membangun bersama Usahawan

Penganjur:
Jenis:
Rangkaian:
Global
Tarikh:
02hb April 2009
Masa:
4.00 ptg - 6.00 ptg
Lokasi:
Restoran Kassim Mustafa, Kongsi
Jalan:
Jalan Tun Sardon
Bandar/Pekan:
Balik Pulau, Malaysia


Salam, jemputan dialog bersama YB Sr. Hj Muhamad Farid Saad, Pengerusi Majlis Pembangunan Usahawan Daerah Barat Daya, Pulau Pinang di Tingkat 2, Restoran Kassim Mustafa jam 4.00 petang mengenai soal-soal pembangunan usahawan di Balik Pulau.

Tuan, puan semua dijemput hadir. Terima kasih.

Sahkan kehadiran sekarang!


Agenda Dialog Bersama Yb Agenda Dialog Bersama Yb sitihuraizah
Media@Bpslide Media@Bpslide sitihuraizah

2009/04/01

Tawaran Pemodalan Perniagaan dengan hanya RM 200 sahaja

Salam bagi bakal usahawan,

Bagi yang berminat memulakan perniagaan dan menimba pengalaman berniaga, satu tawaran hebat di mana anda berpeluang membuka Kiosk Air Tebu & Minuman Herba dengan modal RM 200 sahaja.

Anda hanya perlu sediakan :

>Lokasi yang sesuai
>Modal asas perniagaan yang hanya RM 200.00 (Untuk makluman!! Mesin Tebu sahaja bernilai ribuan ringgit)
>Semangat yang kental dan mantap sebagai seorang usahawan.

Berminat !! Sila hubungi : Aji Noor - 017-6622560, 013-6263155,

email : unipek@hotmail.com

Bersama Pengasas Kiosk Tebu Alaf Baru




video

Podcast KUS-PID

Loading...

Terkini dari KUS-KUS

Polemik Usahawan... Apa kata anda?

Arkib