
Selain daripada Pasar Tani FAMA yang diadakan setiap hari Minggu di sebelah Kompleks Pasar Awam MPPP (baru) dan hub bas Rapid Penang di Jalan Tun Sardon, sebuah lagi pasar tani FAMA akan dibuka di Balik Pulau tak lama lagi.
Tapaknya ialah di perkarangan Masjid Daerah Barat Daya al-Mokhtar yang sebelum ini juga menghoskan pasar Ramadhan tahunan dan acara-acara seperti Ekspo Jualan Karnival Riang Ria (dua kali sepanjang tahun 2009, termasuk yang terbaru pada 2 November hingga 1 Disember '09).
Usahawan & peniaga yang berminat bolehlah menghubungi pihak Pejabat FAMA Negeri Pulau Pinang di talian-talian berikut untuk keterangan lanjut:-
04-390-7222 / 390-27886
atau
04-261-0405 (Pejabat FAMA Barat Daya/Timur Laut)
0 komen:
Post a Comment