Loading...

2009/10/21

Bulan Keusahawanan Global PID Balik Pulau (22 OKT - 22 NOV 2009)

Tahun lepas, ahli-ahli Kelab Usahawan Sosial (KUS) & Pusat Internet Desa (PID) Balik Pulau telah turut serta dalam sambutan/kempen Minggu Keusahawanan Global (Global Entrepreneurship Week) yang pertama kali di adakan di lebih 70 negara, serentak dalam minggu yang sama sepanjang 17 hingga 23 NOVEMBER 2008. Semua 42 KUS-KUS seliaan PID-PID di seluruh negara telah terlibat menyumbang kepada ratusan aktiviti di Malaysia dengan jayanya mengangkat negara kita ke tangga yang ke-empat teratas di dunia dari segi jumlah penganjuran aktiviti.

Liputan GEW08 oleh UnleashingIdeas di Vimeo.




Kali ini, untuk sambutan tahunan yang kedua, KUS & PID Balik Pulau akan menganjurkan lebih banyak acara, dan yang menariknya, lebih banyak hadiah untuk peserta: Bulan Keusahawanan PID (22 OKTOBER hingga 22 NOVEMBER 2009), melibatkan aktiviti-aktiviti berikut:-
  1. Anugerah Usahawan Baru PID (New PID Entrepreneur Award) - pencalonan dibuka sehingga 2 NOV 2009.

  2. Pertandingan Reka Cerita Digital PID (Digital Storytelling Award) - penyertaan dibuka sehingga 2 NOV 2009.

  3. Global Innovation Tournament (GIT - 4 - 14 NOV 2009) anjuran Stanford University, US dan Global Innovation Tournament Malaysia (GITmy) seliaan Alpha Catalyst & Warisan Global.

    "Students may partake in either the Malaysian challenge or the global challenge, or they may also register for both. The Malaysian challenge will commence from the 16th till 26th October. Winners will be notified before the 4th of November 2009."



  4. Karnival Usahawan & ICT KUS-PID 2009 (7 - 8 NOV 2009) termasuk bengkel multimedia & ICT, forum dan seminar keusahawanan, Pesta Jualan Komputer (PC Fair) Balik Pulau KUSPID-KUMUDA dan pelbagai akvititi keluarga dan persembahan kebudayaan.

  5. Lawatan Kenali Usahawan Contoh

  6. Dan banyak lagi!!




Bulan Keusahawanan PID 2009

Nak tahu lebih lanjut?

Sertai kami di Sesi Taklimat Bulan Keusahawanan Global PID 2009 selepas Mesyuarat Agung Tahunan "Pro Tem" Kelab Usahawan Sosial Balik Pulau 2009, Sabtu ini, 24 OKTOBER 2009.

Semua juga dijemput hadir untuk mesyuarat tersebut bermula jam 2.30 petang di Dewan Kumuda, 6B-A, Lebuh Sri Genting 1, Taman Sri Genting 1, 11000 BALIK PULAU - - berderetan dengan Pusat Hemodialisis & Pusat Kutipan Zakat, seberang jalan dari Masjid Daerah Barat Daya Pulau Pinang (Masjid al-Mokhtar) - GPS: 5.337052,100.222274


KEMASKINI 23 OKT 2009: Untuk keselesaaan dan kemudahan hadirin - tempat parkir dan sebagainya, Mesyuarat Agung Tahunan KUS Balik Pulau 2009 telah diubah lokasi ke Kompleks Sukan Balik Pulau MPPP di Jalan Sungai Nipah.

Sila sahkan kehadiran di Laman Acara Facebook: http://facebook.com/event.php?eid=154036234619 atau SMS "HADIR KUS AGM " kepada 019-579-6575 ATAU 016-416-2747.

Jumpa di sana!

0 komen:

Post a Comment

Podcast KUS-PID

Loading...

Terkini dari KUS-KUS

Polemik Usahawan... Apa kata anda?

Arkib