Loading...

2009/07/02

Karnival Muhibah @ Sek. Keb. Sungai Pinang

Jawatankuasa PIBG bekerja keras untuk mengadakan Karnival yang cukup meriah dengan tujuan untuk mengutip dana bagi tabung kebajikan PIBG. Program dijalankan dari pukul 11pagi sehingga 6.00 petang.

Pelbagai pameran daripada Agensi Kesihatan, Bomba, Perpustakaan & Pusat Internet Desa Balik Pulau. Selain itu, pertandingan mewarna dan sukaneka juga diadakan bagi memeriahkan majlis. Istana Belon, Pertunjukan Wow, Pertunjukan Kenderaan & Peralatan Bomba dan Menunggang Pony juga menarik perhatian pengunjung-pengunjung cilik. Pelbagai aktiviti yang menarik untuk anak-anak dan sungguh rugi bagi ibu bapa yang tidak membawa anak-anak meluangkan masa bersama di sini.

Kelab Usahawan Sosial Balik Pulau juga tidak ketinggalan yang membawa usahawan-usahawan dari Kak Rubi (menjual pelbagai produk dari Persatuan Ibu Tunggal), Kak Syifa(Promosi Syifa Gris, ubat menambahkan belendir di badan seperti sakit-sakit lutut), En. Syahir (Prodok Bio-Ho, penapis air), En. Adam Wong(Promosi Servis membaiki komputer) & Kak Zanna (Promosi Produk Avail). En. Muzaffar (Perunding Kewangan & Pusaka) & Puan Sara (Produk Kecantikan Marbella) turut meletakkan flyers sempena dengan program ini.





0 komen:

Post a Comment

Podcast KUS-PID

Loading...

Terkini dari KUS-KUS

Polemik Usahawan... Apa kata anda?

Arkib