Loading...

Podcast KUS-PID

Loading...

2009/05/10

KUS menyelia agenda penubuhan Koperasi Usahawan Muda Pulau Pinang

Mesyuarat penamaan AJK Penaja untuk penubuhan Koperasi Usahawan Muda Pulau Pinang (KUMPP) telah diadakan pada 28 APRIL 2009 yang lalu di Tingkat Atas Restoran Kassim Mustaffa, Balik Pulau.

Tuan Haji Mohd. Noor bin Yusof telah sebulat suara dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penaja KUMPP, dan lapan lagi hadirin telah dilantik sebagai Ahli-ahli Jawatakuasa Penaja penubuhan koperasi tersebut. Puan Siti Huraizah bt Abdul Rahman dilantik sebagai Setiausaha Kehormat, dan beliau akan dibantu oleh En. Koh yang berperanan sebagai Timbalan Setiausaha Kehormat.

Majlis mesyuarat tersebut juga telah dihadiri oleh Puan Ros sebagai wakil dari Suruhanjaya Koperasi untuk membantu menyampaikan maklumat yang diperlukan oleh bakal-bakal ahli koperasi yang dirancangkan.

Mesyuarat belangsung bermula jam 8.30 malam sehingga 10:30 malam, dah hadirin dijamukan jamuan ringan sepanjang sesi berbual mesra selepas mesyuarat.

0 komen:

Post a Comment

Terkini dari KUS-KUS

Social Entrepreneurship

Polemik Usahawan... Apa kata anda?

Arkib