Loading...

Podcast KUS-PID

Loading...

2009/03/23

Terima Kasih! Thank you, Xie Xie, Syukran...


Assalamualakum w.w.!

Pihak pasukan Blog Bash 2009 @ Balik Pulau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua hadirin dan peserta program sehari kelmarin di Dewan Balora Mastika - majlis perkongsian ilmu & perangkaian di Kongsi, Balik Pulau ;)

Meskipun Pulau Pinang dilanda kehangatan isu politik yang mana macam biasa ramai terkejar-kejar berita dan kekecohan hari sebelumnya tentang Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, majlis kita yang secara langsung berkaitan dengan media massa masih menerima kunjungan daripada pihak media perdana termasuk dari The Star di sebelah pagi dan Sinar (Karangkraf) di sebelah petang, walaupun hampir semua syarikat media perdana telah dijemput turut serta khususnya untuk program forum bertajuk "Peranan & Penggunaan Media (Massa) Baru untuk Membangunkan Ekonomi & Sosial Setempat" - nak dijadikan cerita, kedua-dua akhbar tersebut juga yang saya sebut dalam pembentangan "Pemerdanaan Media Baru" di sebelah petang sebagai akhbar yang mempunyai sisipan 'Utara' (masih terlalu luas bagi pandangan saya, yang mana Pulau Pinang sahaja yang mempunyai penduduk seramai lebih 1.6 juta sewajarnya mempunyai sekurang-kurangnya lima akbhar khusus setempat, bukan SIFAR sejak beberapa dekad ini).

Terima kasih kepada semua peserta yang setia bersama kami hingga ke penghujung program seminar & bengkel berbayar (BUKAN 100 persen percuma) yang tamat jam 4:30 petang (terlewat sedikit atas masalah teknikal semasa di permulaan/pelancaran yang dilambatkan sejam) . Walaupun kami hanya sasarkan 50 orang hadirin, tetapi lebih kurang 70 atau lebih yang hadir di sesi pagi, tidak termasuk pasukan pemamer barangan/khidmat di luar. Cuma dewan tu nampak agak lengang sebab dewan tu boleh memuatkan lebih 200 orang sebenarnya. Nak dijadikan cerita, nak pakai dewan-dewan lain yang dibina dengan jutaan ringgit duit rakyat di Balik Pulau ni, hatta untuk main badminton di dewan-dewan MPPP tersangatlah susah, sejak kerajaan negeri bertukar kuasa! (Saya bukan ahli parti pembangkang mahupun parti memerintah, tapi ini kenyataan yang kerajaan sekarang perlu sedar akan kelemahan mereka di sebalik omongan kosong C.A.T. YAB Tuan Lim Guan Eng!)

Dah cukup kot bagai cili pedas, kita nak betul-betul mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada:-
  1. Yang Berhormat Sr. Hj. Muhamad Farid Hj Saad yang sudi menyumbang sedikit ongkos pembiayaan acara dan merasmikan program inisiatif yang pertama ini. (bukan nak bodek!)

  2. En. Roslan Bakri Zakaria dari Technopreneur Development Division MDEC/MSC Malaysia yang juga sudi meluangkan masa menyokong program kami, termasuk sebagai ahli panel forum, walaupun cukup sibuk dan di hari cuti pulak tu. En. Jamie juga dari Cyberjaya yang meluangkan masa memudahkan proses pembiayaan F&B acara, serta menyampaikan taklimat ringkas tentang MSC Innotech Interstate - Northern Region yang akan diadakan Rabu ini di PDC Bayan Baru, Pulau Pinang. Dan tak lupa Tn. Sheikh Suhairi yang jadi drebar sementara untuk chauffer Big Boss from KL.

  3. Panel-panel forum lain termasuk En. Rohizam, En. Adenan, En. Kamarol, En. Ansari dan Pn. Elia Mastura, tiga pertama darinya terbang dari Kuala Lumpur/Sepang di pagi hari hanya untuk majlis ini walaupun hanya dapat mengesahkan penyertaan pada hari Jumaat, dua hari sebelumnya, dan dua lagi dari Seberang Perai - Butterworth & Bukit Mertajam. Pengongsian ilmu dan pengalaman Tuan-tuan dan Puan untuk masyarakat Balik Pulau cukup berharga dan pastinya bermanfaat kepada semua hadirin.

  4. Pihak KTAK & Warisan Global yang membantu dari jauh termasuk menghantar wakil, En. Khairil dari Putrajaya dan ole-oleh dalam beg merah.

  5. 'Sir' Abdul Said kerana jadi 'emcee' bidan terjun, dan mewakili pihak Akademik/Pendidikan dan NGO-NGO sosial.

  6. En. Amran dari PPKT-USM sebagai pembantu teknikal komputer yang kena yang bersama kami sampai ke penghujung majlis walaupun beliau memang 'expert' dah pun. Takpa, nanti kami bagi sijil... ;)

  7. En. Ajmi (ICT Penang) dari PERDA Bukit Mertajam yang turut memberi sokongan moral.

  8. Mr. Calvin & Ms. Sandra yang telah mewakili MCA ICT Resource Centre & ACCA

  9. En. Yuhezri selaku Pengerusi KUSBP yang sibuk dengan pelbagai tanggungjawab tapi dapat meluangkan masa di sepanjang majlis pelancaran.

  10. Puan Siti Huraizah, penyelia PID & SK. KUSBP yang betul-betul 'super woman' boleh buat kerja yang cemerlang walaupun diberi notis kerja seminggu sehaja.

  11. Semua AJK kerja pasukan Blog Bash termasuk Fardhilah, Sarina, Hafiz (Tweenz) & Hanif, Hafif untuk kerja-kerja pejabat sekretariat, dan orang kuat En. Fardzi - semuanya bertungkus lumus mengembleng tenaga berkerja saban hari sebagai sukarelawan (usahawan) sosial. Dan para fasalitator-fasalitator termasuk Tengku Min dan En. Amirul, dan yang buat kerja-kerja khas/ekstra.

  12. Tuan Shaik Rashid dari Jelutong yang kena kena kejutkan pi buat banner last minit, dan bawak motor naik balik pulau pi hantaq banner. Dan geng-geng profesional dari Red Black Studio, Adib Abrar dan Ikhsan Sazeli, anak-anak muda berkaliber di bidang grafik yang boleh buat rekaan backdrop (tak sempat nak print jadi banner) yang mengancam, yang ditayangkan semalam, termasuk dlm slaid pembentangan saya - bagi depa last day notice, boleh siap greeaat work by 3 am!

  13. Kak Leha & suami yang sponsor kek cokelat yang sedap, dan menyediakan barang-barang cenderahati untuk jemputan khas dan ahli-ahli panel forum (termasuk saya ;))

  14. Abang catering (sori, lupa nama), yang buat bihun sedap, dan melaksanakan tugas dengan baik walaupun sorang-sorang.

  15. Abang PA dan pengurus Dewan yang turut membantu serba-serbi.

  16. Mr Khor, En. Yusaini, En. Muzaffar dan En. Syameer yang mana saya ingat nama, dan member perangsang kepada kami dengan kehadiran Tuan-tuan.

  17. Semua pemamer-pemamer barangan-khidmat, yakni, para penaja dan pemenuh keraian acara. :)

  18. Tak lupa juga, sekali lagi semua hadirin lain termasuk ahli-ahli keluarga saya sendiri (mak saya yang berusia 60-an yang komplen kat Ija yang saya asyik tak dak kat rumah saja lewat kebelakangan ini), pakcik & makcik2 yang memberikan inspirasi dan semangat kepada kami untuk lebih terus berjuang untuk bangsa dan masyarakat, abang2, kakak2 dan adik2... dan sesapa lagi yang ada di Dewan semalam kalau saya lupa...
Dan semua yang layan panggilan-panggilan telefon, emel-emel, SMS, surat-surat, faks-faks, status-status updates Facebook & Twitter kami sepanjang minggu ini sejak dilancarkan Projek Blog Bash bermula hari Ahad sebelumnya.

Blog Bash 2009 @ Balik Pulau happened because of contributions from all of the above, and more!

Yang ni pembentangan saya petang semalam untuk kegunaan lanjutan Tuan/Puan:




Dan profil ahli-ahli panel forum:-




Enjoy the photo-movie below:-

video

atau versi berkepadatan tinggi (HD) di Facebook:-



dan persembahan slaid (tanpa lagu) kat bawah ni:-



Untuk gambar-gambar asli, rujuk album Blog Bash 2009 di Facebook (60 gambar berkualiti tinggi) atau Google Picasa (103 gambar berkualiti minima) - semua diambil menggunakan kamera lekeh N95 ;)

Minta maaf kalau ada apa-apa kekurangan daripada pihak kami, khususnya saya sendiri, dan silakan beri maklum balas kalau ada apa-apa yang kami boleh perbaiki untuk program-program lain di masa hadapan.


Ikhlas,

Nasir
Timbalan Pengerusi merangkap tukang goreng pelan mengejut.

p/s: nanti saya dapat broadband 100Mbps, baru boleh upload HD-quality punya photo-video... sekarang tengah pakai Streamyx semput...

p/s: Kalau ada sesiapa ambil gambar-gambar/video-video lain, harap boleh kongsi dengan kami! (guna komen untuk artikel ini untuk uar-uarkan).

4 komen:

familihaddad said...

Wah! Meriahnya! Rugi tak dapat pi. :-(

aleya said...

Ok bro..Balik Pulau BOLEH!!! KUS-PIB ...caya la Ija, bawak semua geng2 PID turun. Ckit group lebih berkesan drpd banyak yg memeningkan...:)

Ija said...

Sebenarnya main power bukan Ija, tapi Cik Nasir Sobri.. Tanpa dia, KUSPID mungkin tak sampai setahap ini.. Kadang-kadang Ija rasa dia yang banyak buat kerja-kerja KUS daripada Ija sendiri...

Terima kasih, Cik Nasir... don't worry... Kita dah bersusah payah bersama... Insya Allah, kita bersama RaPID akan cuba membina kekuatan team untuk menempuhi seribu lagi halangan dalam membangunkan usahawan sosial balik pulau.

Remember??? "Our Dream of KUS-PID"????

NaS said...

apa mamai2 ni... tido la!

Post a Comment

Terkini dari KUS-KUS

Social Entrepreneurship

Polemik Usahawan... Apa kata anda?

Arkib