Tahun 2008 menyaksikan kebangkitan keusahawanan sosial serentak di seluruh Malaysia melalui pembentukan 'kelab-kelab usahawan sosial' melalui sokongan Pusat-Pusat Internet Desa (pPID) yang berjumlah 42 buah setakat ini. Melalui inisiatif yang diselia oleh En. Zulfikar "Azul" Rahman dari Warisan Global Sdn Bhd, setiap PID di bawah kelolaan Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK) tersebut dan setiap komuniti yang disokong masing-masing akan secara tidak langsung bergerak mirip kepada kebanyakan 'telecentre' di serata dunia yang mampu beroperasi dengan sendirinya dan terus lebih berkembang maju serta boleh membawa pembangunan yang progresif terhadap komuniti terbabit.
Justeru, Pusat Internet Desa Balik Pulau (PID-BP) yakni satu-satunya PID di Pulau Pinang (tidak termasuk sebuah lagi dalam negeri Pulau Pinang di Tasek Gelugor, Seberang Perai) tidak ketinggalan dalam mewujudkan kelab tersebut khususnya untuk menyokong komuniti Daerah Barat Daya (DBD) Pulau Pinang (temasuk bandar-bandar Teluk Bahang, Sungai Ara, Bayan Baru dan sebagainya), satu daripada lima buah daerah pentadbiran di negeri Pulau Pinang, atau daripada dua di Pulau Pinang selain Daerah Timur Laut (DTL - termasuk bandar-bandar George Town, Bukit Gelugor , Paya Terubong dan sebagainya).
Secara rasminya, kelab yang dinamakan Kelab Usahawan Sosial Balik Pulau (KUS-BP) ataupun 'Social Entrepreneurs Club (SEC-BP)', bermula dengan penubuhan jawatankuasa protem pada bulan Ogos 2008, yang dipengerusikan oleh Saudara Yuhezri dan dibantu oleh sembilan lagi ahli-ahli jawatankuasa. Saudari Siti Huraizah binti Abdul Rahman selaku penyelia PID bertindak sebagai penyelia penubuhan KUSBP dan turut dilantik sebagai Setiausaha Kehormat jawatankuasa protem KUSBP.
Dengan penubuhan KUSBP, hal-hal pembangunan masyarakat yang sebelum ini tidak boleh dicakupi oleh Pusat Internet Desa yang menjalankan aktiviti utama memberi kemudahan komunikasi dan latihan penggunaan ICT boleh diusahasamakan oleh ahli-ahli KUSBP.
Objektif
Faedah – faedah

Justeru, Pusat Internet Desa Balik Pulau (PID-BP) yakni satu-satunya PID di Pulau Pinang (tidak termasuk sebuah lagi dalam negeri Pulau Pinang di Tasek Gelugor, Seberang Perai) tidak ketinggalan dalam mewujudkan kelab tersebut khususnya untuk menyokong komuniti Daerah Barat Daya (DBD) Pulau Pinang (temasuk bandar-bandar Teluk Bahang, Sungai Ara, Bayan Baru dan sebagainya), satu daripada lima buah daerah pentadbiran di negeri Pulau Pinang, atau daripada dua di Pulau Pinang selain Daerah Timur Laut (DTL - termasuk bandar-bandar George Town, Bukit Gelugor , Paya Terubong dan sebagainya).
Secara rasminya, kelab yang dinamakan Kelab Usahawan Sosial Balik Pulau (KUS-BP) ataupun 'Social Entrepreneurs Club (SEC-BP)', bermula dengan penubuhan jawatankuasa protem pada bulan Ogos 2008, yang dipengerusikan oleh Saudara Yuhezri dan dibantu oleh sembilan lagi ahli-ahli jawatankuasa. Saudari Siti Huraizah binti Abdul Rahman selaku penyelia PID bertindak sebagai penyelia penubuhan KUSBP dan turut dilantik sebagai Setiausaha Kehormat jawatankuasa protem KUSBP.Dengan penubuhan KUSBP, hal-hal pembangunan masyarakat yang sebelum ini tidak boleh dicakupi oleh Pusat Internet Desa yang menjalankan aktiviti utama memberi kemudahan komunikasi dan latihan penggunaan ICT boleh diusahasamakan oleh ahli-ahli KUSBP.
Objektif
- Meluaskan jangkauan perkhidmatan PID kepada masyarakat setempat seterusnya memperkasakan masyarakat untuk melakukan aktiviti yang memberi impak positif kepada sosial, ekonomi dan alam sekitar mereka
- Untuk membantu masyarakat memahami konsep keusahawanan sosial
- Sebagai platform untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan berkaitan keusahawanan sosial
- Untuk melahirkan usahawan-usahawan baru termasuk usahawan sosial
- Pengguna-pengguna PID
- Usahawan-usahawan sedia ada
- Staf-staf badan-badan kerajaan dan swasta
- Ahli-ahli dari badan-badan sukarelawan atau bukan kerajaan (NGO)
- Pemimpin-pemimpin masyarakat dan tenaga-tenaga pengajar
- Pelajar-pelajar sekolah menengah dan institusi-institusi pengajian tinggi (IPT)
- Sesiapa sahaja yang berminat menjadi usahawan komersil dan usahawan sosial
- Terbuka kepada sesiapa saja yang berminat
- Berumur sekurang-kurangnya 16 tahun sehingga tiada had umur
- Bukan seorang Muflis/Bankrup
- Tiada rekod jenayah dan rasuah
- Tidak pernah dikenakan tindakan disiplin mana-mana persatuan atau kelab dalam tempoh (5) tahun yang lalu
- Seorang yang sempurna akal
- Pemegang Jawatan didakwa di Mahkamah atas sebab-sebab rasuah, muflis, jenayah, atau atas sebab-sebab seumpamanya adalah dikehendaki melepaskan/meletakkan jawatan sehingga ia didapati tidak bersalah/bebas oleh mahkamah
Faedah – faedah- Mendapat pengetahuan dan kemahiran untuk menjadi usahawan komersil atau usahawan sosial yang berjaya melalui pelbagai aktiviti seperti latihan, diskusi, pembangunan dan perlaksanaan rancangan perniagaan, rangkaian kerjasama dan aktiviti pengumpulan dana
- Menjadi sebahagian dari ahli rangkaian
- Kerjasama kelab usahawan dari 40 PID seluruh Malaysia
- Diskaun ke atas penggunaan kemudahan
- Perkhidmatan di PID seperti faks & percetakan
Kelab Usahawan Sosial Balik Pulau (KUS-BP)
d/a Pusat Internet Desa Balik Pulau (PID-BP),
Pejabat Pos Malaysia Berhad
JKR 2312, Jalan Besar,
11000 Balik Pulau, Pulau Pinang.
Tel/Fax : 04-8662706,
Emel: http://balikpulau.org/

13 komen: