Loading...

2011/04/12

MINGGU SAHAM AMANAH MALAYSIA 2011



Kepada kome yang duduk di seluruh Perak amnye dan di sekitor Ipoh khasnye. Moh le ke Minggu Saham Amanah Malaysia 2011. Deme buat di Kompleks Sukan Majlis Bandaraya Ipoh, daghi 20hb - 26hb April bulan ni. Ghugi kome kalau tak pegi: Ada bermacam-macam program. Contohnye macam yang TAKAFUL IKHLAS buat macam dalam poster promo ateh tu. Klik kat gambor bagi besor ye. Kalau nak tau banyak mana pembahagian faraid pampasan takaful ke, ASB ke, KWSP ke, ghete bende lain ke, ataupun nak tau kaedah pembahagian pusaka atau pencegahan masalah pusaka, kome telepon le teman kat no 019 - 472 6752. Insya Allah sepanjang MSAM '11 tu teman ade di situ. Teman ghase tentu seghonok... Ate kome, moh le kite!!! Nak tau pasal perancangan Pembahagian Harta Pusaka, singgah le http://pintarpusaka.com/

2011/03/14

Kursus Fotografi dan Edit Photoshop dengan SONY secara PERCUMA!!!

Gambar program Kursus Inovasi & Kreatif  (KUMIK) anjuran Kelab Usahawan Sosial di Kolej Teknologi Pulau, 2008

Kelab Usahawan Sosial Balik Pulau bekerjasama dengan Penang  Youth akan mengadakan program "Youth Jam'11 - Youth Technology Impact in Rural Areas"

Program ini akan diadakan selama 1 hari iaitu pada 16 April 2011, 9 pagi – 6 petang bertempat di Island College. Hanya 30 peserta yang terpilih dapat menyertai program ini dengan kadar yang percuma (tertakluk kepada pindaan). Syarat utama menyertai kursus ini ialah perlu menjadi ahli Kelab Usahawan Sosial Balik Pulau (RM 20) atau ahli Pusat Internet Desa (RM10). Bagi yang sudah mendaftar sebagai ahli KUS atau PIDboleh menyertai program ini secara percuma (tertakluk kepada pindaan).

Agenda program adalah seperti berikut :

10.00 pagi         :           Pengenalan Program
10.10 pagi         :           Ice Breaking
10:30 pagi         :           Bengkel Fotografi [oleh Syarikat terkenal SONY]
11.30 pagi         :           Rehat
12.00 tgh          :           Pengenalan Asas Photoshop oleh Kelab Komputer KDU
1.00   petang     :           Bengkel Pengeditan Video - Video Editing Workshop [oleh Sony]
3.00  petang      :           Youth jam'11 Project Begins -(Tugasan perserta untuk menangkap, mengedit dan memuatnaik gambar)                      
                                     Tajuk – “The Beauty of Balik Pulau with Sony Cyber Shot”
6:00 petang       :           Program tamat


CEPAT!! SIAPA CEPAT DIA DAPAT!!
kami mengutamakan peserta yang betul-betul berminat
Hubungi Ija : 017 - 4900 656 atau Ina : 019-437 0147 untuk maklumat lanjut. 
eMel : balikpulau@pid.net.my

"Setakat ini, kami telah menerima 32 pendaftaran online dan 16 peserta dari Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Cawangan Barat Daya. Kami akan menapis peserta yang terbaik di mana dapat menyumbang sesuatu kepada masyarakat Balik Pulau. Pertubuhan Peladangl Kawasan Seri Pulau juga, berminat untuk menyertai penyertaan" jelas Sarina Binti  Ishak, Setiausaha Kelab Usahawan Sosial Balik Pulau.



Bagi yang berminat : Isi borang di bawah





2011/03/10

e-Perolehan membantu Usahawan Desa melalui telecenter

9 Mac 2010, Balik Pulau, Pusat Internet Desa Balik Pulau menganjurkan Taklimat Asas e-Perolehan kepada usahawan-usahawan desa yang kebanyakannya terdiri dari kontraktor binaan kelas F dan juga pembekal-pembekal yang sedang meningkat naik.

Seramai 15 orang peserta terlibat di mana pendaftaran asalnya 10 peserta. Walaupun terpaksa berhimpit kerana ruangan premis yang agak sempit tetapi tidak melunturkan semangat usahawan desa kita untuk menimba ilmu dari Pegawai e-Perolehan iaitu Cik Rosniza Binti Suddin dan Puan Nor Rahimah Mingah.

Pegawai e-Perolehan menerangkan latar belakang e-Perolehan dan syarat-syarat yang diperlukan untuk mendaftar e-Perolehan. Di samping itu, memberitahu peluang-peluang yang usahawan desa dapat sumbangkan seperti binaan, ternakan, peralatan salon, malah makanan ringan juga boleh dilakukan melalui e-Perolehan.


Encik Satar "Saya sungguh tak menyangka ternakan saya turut boleh disalurkan melalui e-Perolehan, saya amat berpuas hati kerana taklimat ini dapat membuka luas pasaran ternakan saya". 

Cik Zuraini "Saya hanya hadir untuk mengetahui peluang-peluang pasaran dalam perniagaan saya ke pasaran kerajaan. Tapi saya juga dapat tahu cara-cara mendaftar dan mendapat tahu harga yang jauh lebih murah ditawarkan dari agen perolehan di mana melebihi 40% dari harga sebenar pendaftaran e-Perolehan. Hurm... banyak wang boleh saya boleh dijimatkan dan disalurkan kepada penambahbaikkan perniagaan salon saya".

Siti Huraizah Abdul Rahman, Pengurus Pusat Internet Desa Balik Pulau merancang akan melakukan satu lagi sesi perolehan di Bulan Jun di mana siap pendaftaran dan lesen kewangan dengan kadar yang berpatutan. Beliau bercadang untuk mengadakan 30 penyertaan di mana usahawan-usahawan diberi latihan praktikal menggunakan e-Perolehan. Pusat Internet Desa bersedia memberi khidmat nasihat berkenaan dengan e-Perolehan dan perkaitannya.













Lain-lain rujukan :


ePerolehan kini meluaskan rangkaian perkhidmatannya di luar bandar melalui program eP@Desa 


Kem. Kewangan Malaysia (MOF) dengan kerjasama  Kem. Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) dan Kem. Kemajuan Luar Bandar & Wilayah (KKLW) telah bekerjasama menyediakan kemudahan perkhidmatan ePerolehan bagi usahawan di luar bandar melalui Pusat Internet Desa Usahawan Balik Pulau(PID) dan Medan Info Desa (MID) di seluruh Malaysia.

Sebagai permulaan, sebanyak 32 PID dan MID telah dilatih untuk membantu usahawan dan bakal usahawan mengenal dan menggunakan sistem ePerolehan untuk berurusan dengan agensi Kerajaan.

Di samping berkunjung ke Pusat ePerolehan yang terdapat di seluruh negara, para usahawan dan bakal usahawan boleh mengunjungi PID atau MID yang berdekatan untuk mendapat perkhidmatan rundingan bagi Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan, penggunaan sistem ePerolehan untuk bertransaksi dengan agensi Kerajaan, dan jualan produk ePerolehan.  

Sila lihat senarai untuk alamat PID dan MID.

2011/02/07

Info Pusaka


Sedikit info muamalat dari portal Fatwa Kebangsaan. sila layari http://infopusaka.blogspot.com

Apa yang anda mesti tahu tentang harta pusaka, insurans, takaful dan yang sewaktu dengannya.

Podcast KUS-PID

Loading...

Terkini dari KUS-KUS

Polemik Usahawan... Apa kata anda?

Arkib